BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 4, 2011

BERKHIDMAT DI TANAH AIR SENDIRI

Bertugas di SMKTB meupakan pengalaman yang tak mungkin aku lupa.
Di sinilah aku mencurahkan bakti sepenuhnya untuk anak bangsa selama
14 tahun. Pelbagai perisriwa pahit maung aku tempuhi. Di sini lah juga
selama aku berkhidmat di SMKTB aku mengandung semua kelapan-
lapan anakku-....2 perempuan dan 4 lelaki...Pernah pelajar tingkatan 6
memperli guru-guru ting 6 yang asyik mengandung sahaja setiap tahun.
Apa nak buat ...rezeki...Allah S.W.T yang kurniakan....
Pelbagai jawatan aku pegang di SMKTB antaranya Ketua Panitia BM,
.Guru Penasihat Persatuan BM dan Kesusasteraan Melayu,ahli Panitia Sejarah,
pemeriksa Kertas BM 1 SP,pemeriksa kertas Sejarah SP, Pemeriksa Oral BM dan
macam lagi. Apapun jawatan dan tugas yang diberikan tidak pernah aku
tolak termasuk guru tingkatan selama 14 tahun di SMKTB.
Pelajar-pelajar SMKTB majoritinya Melayu ada juga pelajar Siam. Pencapaian
pelajar ada juga mendapat keputusan yang cemerlang. Ramai di kalangan
pelajar yang berjaya masuk 'U' antaranya Suraya Deraman,Abd Razak Wahab,Salmi
Abdul Hadi harun,Suparman, Sharniza, dll....
Aku masih ingat semasa aku menjadi guru tingkatan 6 Atas masa tu ada 6 couple
dalam kelas..hai susah juga nak menangani masalah bercinta...cinta monyet....
kalau tak silap semua couple tu ...tak kahwin pun....
pada tahun 1998 akhirnya aku dinaikkan pangkat ke SMK Changlun sebagai Guru Kanan Bahasa. Aku terima jawatan tersebut dengan hati yang berat...ingat nak
pencen di SMKTB...

Thursday, June 30, 2011

Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan,

Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan

Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan

suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad

adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka

daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan

pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling

mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau

Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya

Abdullah ke Yathrib. Abdul Muttalib membawa

anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan

di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka

pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung,

ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau

dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia

bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak

lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi

bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada

Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa

supaya diselamatkan anak ini daripada semua

orang yang dengki." Kelahiran ini adalah pada

hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut

ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran

Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad

menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya,

semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan

umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku

berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah.

Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung

rumahnya sambil menjerit kepada semua orang,

"Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul

apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan

sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah

memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad

dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah

lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan

sudah berkhatan.

Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib

, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita

tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib

sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan

yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib

terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil

bersyukur kepada Tuhan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada

suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke

negeri syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu

dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada

mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama

Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat

mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad.

Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada

anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum

itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran

Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu

istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu.

Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api

yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun

yang tidak pernah terpadam sebelum ini terpadam. Gegaran

itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah

yang berdekatan dengan istana Farsi itu tertimbus.

Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian

pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil

ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat

berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad

boleh naik ke langit. Merekalah yang memberitahu berita-berita

ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah

para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud,

"Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar

berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi

sekarang akan dipanah." Ada antara pendeta ini yang

menyebutkan para kisra, peristiwa ini berlaku kerana

kelahiran seorang nabi.

Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh.

Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh

14 orang kisra lagi selepas itu kerajaan Fasri akan jatuh

." Kisra berkata, "14 orang kisra lagi memaparkan tempoh

yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan."

Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa.

Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang memerintah

Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling

besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita

gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.