BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 15, 2010

Kenangan Posting Pertama

Setelah tamat pengajian di UKM posting pertama..adalah Sek.Sultan Abdul Jalil ,Kluang,Johor. Terlalu banyak kenangan pahit manis ketika berada di Kluang. Mula-mula aku dapat surat posting..aku sendiri tidak pernah pergi/pijak kaki kat Kluang....apa lagi masa tu sekitar tahun 1981, belum ada bas ekspress ke Kluang. Apalagi last sekali aku di temani ayah menaiki kereta api dari Kodiang ke Kluang. Sepanjang perjalanan aku tak dapat tidur..takut terlepas.Akhirnya sampai juga..aku disambut oleh abang ya dan Kak Nah yang tinggal di Kluang pada ketika itu.Abang Yalah yang bawa aku dan ayah ke Sek Sultan Abdul jalil. Pengetua ketika itu ..Wan Kassim..dialah yang membantu aku untuk mendapatkan rumah sewa di Kampung Tengah. Akhirnya aku tinggal bersama Hasanah dan Nural Manirah yang mengajar di STAB. Rupa-rupanya rumah sewa itu milik Zainal Buang Hussein ( Kartonis). Aku tidak lupa jasa Hasanah yang menumbangkan aku dan Nural semasa kami mula-mula posting di Kluang dulu.
Sepanjang mengajar di Kluang kehidupanku di sana sungguh seronok..pelajar-pelajar begitu rapat dengan guru-guru....kalau musim buah-buahan tempatan..jenuhlah makan buah free. Pelajar-pelajar walaupun berbilang kaum tetapi tidak ada sebarang masalah..ada semangat perpaduan. Aku dilantik sebagai ketua panitia sejarah setelah tahun kedua mengajar. Mata pelajaran yang aku ajar tentunya sejarah dan BM. Pelajar-pelajar Cina nampak begitu rajin berbanding dengan pelajar Melayu. Mereka rajin bertanya dan sentiasa mengikuti kelas tuision. Aku masih ingat lagi seorang pelajar yang bernama Lee Siew Peng...sungguh rajin dan sentiasa membuat latihan sendiri untuk aku semak. Akhirnya dia mendapat A1 BM.
Aku sangat aktif di sekolah,guru penasihat PBSM,guru penasihat Persatuan Sejarah,malah bila ada saja lantikan pengawas peperiksan aku tidak pernah menolak. Aku juga dilantik menjadi Penguji Ujian Lisan BM. Aku masih ingat semasa bertugas di Sek.Tinggi Kluang sebagai Penguji ujian Lisan, rupa-rupanya...aku menguji dua orang rakan guruku yang sama-sama bertugas di SSAJ.
Apa yang aku tidak dapat lupa kehidupan zaman bujang di Kluang....tunggu dapat gaji saja kami akan ke Singapura ,shopping....selalunya kami akan ke JB tidur di SIGS.apa lagi aku,Nural,Non akan tidur di SIGS..esoknya shopping kat Singapura...enjoy betul masa tu.
Zaman bujang tentu penuh dengan godaan...di SSAJlah pertemuan aku dengan suami sekarang.
Mulanya hanya gurauan rakan-rakan saja..lepastu pelajar-pelajar pula...yang pandai-pandai buat cerita...sedangkan antara aku dengan dia tiada apa hubungan pun..itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Akhirnya pada tahun 1982 bulan Disember kami bertunang, dan kenduri pada 1 Rejab/13/4/1983. Selepas berkahwin aku berpindah ke rumah sewa suami di Kampung Melayu,Kluang.Aku ada mak angkat yang banyak membantuku semasa berada di Johor.mak aji dan Pak Aji Manaf.Cucunya Fazlun begitu rapat denganku. Syukur merekalah yang banyak membantuku semasa beradadi Kluang. Pada masa itu Ina adikku tinggal bersama-samaku .
Hujun tahun itu kami mengisi borang pertukaran ke Kedah...atas desakan ayah yang semakin tua dan kurang sihat. Alhamdllillah akhirnya kami dapat berpindah ke Kedah pada Januari 1984. Aku ke SMKTB dan abang ke Sek Men.Dato Syed Ahmad Kuala Nerang.Kami sedih juga dapat bertukar...tak sempat jumpa kawan-kawan---tiada majlis perpisahanpun...


Friday, August 13, 2010

Kenangan Semasa Menuntut di UKM

Dunia pengajian penuh dengan cabaran. Aku hanya bergantung sumber kewangan dari biasiswa semata-mata. Duit itulah untuk yuran,makan beli alatan ,beli buku dan kadang-kadang shoping.
Kadang-kadang rasa juga cemburu bila melihat teman-teman dari Sabah berbelanja mewah,selalu tukar baju baru,shoping dan tengok wayang. Aku belanja berhemah. Tak apa...aku bersyukur kerana tidak menyusahkan kedua ibu bapaku. Banyak peristiwa yang tidak dapat ku lupakan semasa berada di UKM. Kawan-kawan sering meminta tolong aku translate nota mereka dalam bahasa Inggeris ke dalamBahasa Melayu. Setakat yang aku boleh aku cuba tolong mereka.. Mereka pula sering tolong aku baca bahan bahan tulisan jawi lama..maklumlah semasa tahun satu aku ambil pengajian Melayu,Sejarah dan Antropologi. Sebenarnya aku tidak begitu berminat dalam subjek Pengajian Melayu..selalunya aku dapat result yang sederhana sahaja. Aku juga pernah ambil subjek elektif Bahasa Mandarin ...hai..masa tu pandaila tulis dan bercakap dalam Bahasa Mandarin...sekarang dah lupa dah...Yang paling menakutkan aku subjek sejarah di bawah penyeliaan Amat Adam..hai semua student gerun bila sebut paper di bawah beliau...Aku..tiba-tiba nama tersenarai di bawah penyeliaan beliau semasa aku tahun akhir..buat tesis. Hai..nak jumpa pensyarah tuhan yang tahu..takut...aku pilih tajuk "Sejarah Perkembangan FELDA di Malaysia-Kajian Kes FELDA Batu Lapan", untuk menyiapkan tesis ini aku terpaksa cari bahan di Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur, Akib Negara, Pejabat Felda Batu 8,Ibu Pejabat Felda Trolak,dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Semua ini memerlukan masa dan pengorbanan..terima kasih kepada semua pihak yang membantu aku ketika itu..terutama ayahku, Kak Ros Batu 8, Kak Zanariah Pustakawan Trolak dan semua kakitangan FELDA Batu
8. Aku hanya beberapa bulan sahaja di bawah penyeliaan Amat Adam, kerana beliau melanjutkan pengaian peringkat PHD...aku diletakkan di bawah penyeliaan DR Kasnor Johan. Tesis yan ku buat akhirnya siap juga setelah disemak dan dibuat semula entah berapa kali..Alhamdulillah.
Semasa berada di UKM aku tidak pernah lupa jasa dan pengorbanan abang Kob (Yaakob Mohd Noor) yang mula-mula mengambil aku dan ayah di stesen Bas Pudu dan membantu pendaftaran aku di UKM. Begitu juga Pakcik Lah, Mok Yah (Ibu dan ayah Alahyahamah Kak Nisah) yang banyak membantu dan memberi sokongan moral kepadaku.Aku masih ingat kawan-kawan yang sama-sama menuntu dulu ..Zaiton Shaari,Siti Aishah Ismail,Khalijah Ishak,Kamarudin Chin,Azmi Chin,Abdullah Mat Yassin, Nazri, Nural Manirah, Che mek Kamariah Che Yem,Haton,Kartini,Salmah Ishak,Badwi One,Kak Non Tumpat,Nasir Don,Wan Chik Wan Man,Husna Hamid Karim,Kak Faridah Mohamad,Norizan Abdul Ghani...dan banyak lagi...Kawan-kawaku semua kita memegang post tertinggi...pengetua..tidak-tidakpun Pengarah Jabatan tertentu. Aku biasa saja setakat Guru Kanan dah cukup...
Satu lagi yang aku tak lupa....keadaan dan dan suasana di Bangi ketika itu..dikelingi hutan,pokok getah dan bukit bukau. Aku masih ingat ..Pekan Kajang hanya pekan kecil sahaja. Tak wujud lagi Bandar Baru Bangi. Kalau naik bas dari UKM ke Kajang..ramai penumpangnya kaum India...bau macam-macam..dengan air pinang..meludah di merata-rata. Apa yan terkenal masa tu..tentulah Sate Kajang dan air tebu..tu laa makanan kami ketika duit banyak...dapat biasiswa...lepas tu...makanpun berhemah...
Paper pendidikan..salah seorang pensyarah yang aku tak lupa..Dr Ibrahim Saad...Kami kena buat micro teaching..hai apa li aku sangat takut..lebih-lebih lagi dalam kumpulan aku ada student lelaki yang suka mengusik.Semasa aku buat micro teaching Badwi sering mengusik dak buat nakal dalam kelas. aku marah dan menegur sikapnya . Akhirnya Dr Ibrahim komen ..katanya aku cege (garang) guru yang garang..Aku pernah buat praktikal di Sekolah Sultanah Bahiyah Alor Setar. Aku tinggal menyewa dengan beberapa orang kawan di Taman Muhibbah...antaranya Kak Kiah (Rokiah),Azizah ,Kak Husna. Paling aku tak lupa mula kami menyewa di depan sekolah rumah Tn Hj Hassan ...hari pertama setelah pulang dari sekolah makcik tuan rumah mejamu kami dengan hidangan yang istemewa..setelah selesai makan kami beritahu makcik kami hendak masak sendiri kerana hendak menjimat kos..dia kata "tak kanla nak masak sendiri..saya tak benarkan..kalau nak masak ikan termenung (kembong)..hari-hari..kucingpun tak lalu".perkaaan itu menusuk dalam hati kami ,kami berempat menangis...kami semua anak orang miskin..kami tak mampu membeli lauk sedap-sedap..akhirnya kami buat keputusan untuk pindah petang itu juga...

Thursday, August 12, 2010

nostalgia di ting 6

Menunggu keputusan STP terasa begitu lama bagiku...tiap-tiap hari aku berdoa kepada tuhan...agar aku mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Aku berniat kalau aku berjaya akua akan puasa selama sebulan menandakan kesyukuran di atas kejayaan tersebut.Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua..aku bersama adikku Rahim ke Kelantan ,masa itu naik keretapi kat Padang Besar...transit sekejab kat Hatyai dan akhirnya terus ke Golok. Kami berdua bermalam di rumah sepupu abang Mat/Kak Wan kat Bakong Pasir Mas Kelantan. Hatiku sentiasa resah takut sungguh hendak melihat keputusan STP. Dari Bakong aku Rahim dan kawan ku Rashidah dari Pasir Mas ,kami sama-sama ke IP untuk mengambil keputusan. Rashidah suruh aku masuk dulu untuk ambil keputusan...dengan penuh debaran..aku mengetuk pintu...Cikgu Abdullah (Cikgu Lah) yang mengajar subjek BM aku ...dah sedia menunggu..dia terus mengambil result ku dan berkata."Kalau result macam ni...pasti dapat masuk U" aku seperti tidak percaya...betul ka cikgu cakap ni...aku belum tengok lagi result. Dia menghulur result kepadaku aku terkedu...tak tau apa nak cakap...terima kasih cikgu yang telah mengajar aku..tak lupa cikgu Pok Ya (Cikgu Zakaria)..dan semua guru yang mengajarku di tingkatan 6 di IP...Kawanku Rashidah menjerit apabila melihat resultku..katanya aku pasti dapat masuk U.
Aku pulang ke kampung dan menunjukkan result kepada ayah...ayah tersenyum..Alhamdullilah...aku mengisi permohonan untuk ke Universiti,pilihan pertama UKM.Akhirnya permohonanku berjaya jua...aku melanjutkan pelajaran pada tahun 1977 di UKM Falkulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Tahun pertama masih di Lembah Pantai.Kami tinggal di Seksyen 17 Petaling Jaya..kawan-kawan sebilikku...Anisah Omar Fakulti Perubatan,Kak Siti Hawa Fakulti Islam dan ada dua orang lagi dah lupa nama pulak... Masuk Semester kedua kami berpindah ke Bangi.Aku sungguh bersyukur kerana mendapat biasiswa Perguruan .

Setelah tamat form 5 aku hanya dapat gred 3 sahaja. Kawan-kawan aku yang dapat second dan first gred menyambung pengajian di tingkatan 6 sekolah kerajaan. aku....ayah aku ada kata.."kalau tak dapat keputusan tak elok , kawin saja...tunggu orang meminang..." Aku sedih juga ..dapat gred 3 tak boleh sambung belajar di sekolah kerajaan. Rupa-rupanya ayah aku ugut saja..Aku akhirnya dihantar ke Kota Bharu Kelantan, belajar form 6 kat Institut Pendidikan Kota Bharu Kelantan. Aku menyewa di jalan Hospital...dekat Wad Gila...Kami duduk ramai-ramai menyewa bilik kat situ.
Ada beberapa peristiwa yang tak dapat dilupakan semasa menyewa di situ...Rumah tu..penghuninya semuanya perempuan..Kami perasaan kami dihendap oleh lelaki pada tiap-tiap malam. Jadi kami ambil keputusan berjaga...intip siapa yang suka mengendap kami...kami sediakan sebaldi air yang kami letak pencelup. Setelah beberapa malam ...akhirnya kami dapat lihat dengan jelas siapa yang suka kacau kami....rupa-rupanya dudak lelaki tu...budak sewel....
Tinggal di situ kadang-kadang terhibur juga...maklumlah sempadan dengan wad gila...ada seorang pesakit tu suka sangan menyanyi lagu-lagu Boery Marantika...katanya dia putus cinta....kesian sampai jadi gila..Aku menyewa di situ setahun saja tak lupa kawan -kawan ...kak Norma,Halimah Mohamad dan lain-lain.
Semasa di tingkatan 6 Atas aku berpindah rumah..menyewa pula kat Berek 12.Kami tinggal berempat di rumah tu...Rashidah Muhamad, Asmakdan Faezah Hassan. Semuanya dah lost contact sekarang... Di situ lebih tenang sikit nak study... Namun begitu aku selalu mengalami peristiwa pelik-pelik di situ. Suatu malam adik jiran sebelah tumpang tidur denganku...kebetulan pula kawan-kawanku semuanya balik kampung..Dalam pukul 12.00 malam aku terdengar seperti orang berjalan di luar..kemudian terdengan ketukan pintu...Aku menyangka munkin kakak sebelah balik dari kerja ..aku buka pintu...bila di lihat sekeliling tiada siapa...tiada kelibat manusiapun. Kami kehiaranan...perkara ini berulang sampai tiga kali...akhirnya aku mengambil keputusan mendiamkan diri saja. Satu lagi peristi yang sangat misteri berlaku dalam hidupku di rumah sewa tu...Kami berempat selalunya study sampai pukul 1.00 malam..entah macam mana malam tu..kami tertidur..serentak di hall rumah.malam tu kami tertidur agak awal ..Tiba-tiba kami terjaga serentak jam menunjukkan tepat pukul satu...kami sangat terkejut bila mendapati pintu rumah kami terbuka dengan sendiri..kain selimutku dan tikar terbakar..aku tanpa sedar meramas api ..tanpa merasai kepanasan ...sungguh pelik. Kami sangat ketakutan ketika itu...Seingat kami memang mengunci pintu dan tingkap tiap-tiap malam.
Keesokan harinya kami menceritakan hal ini kepada salah seorang rakan kami yang belajar di SMIT..atas nasihat beliau kami dibawa berjumpa Tuan Guru Hj Omar di KG Sireh Kota Bharu...Kata tuan guru kedudukan rumah kami tu..rupa-rupanya tapak mayat Jepun dikebumikan..Zaman Jepun dulu...Beliau nasihat kami supaya baca Yaasin setiap malam, buat sembahyang hajat dan beliau bekalkan beberapa doa untuk menghalang makhluk-makhluk jahat...kami buat dan amalkan..Namun peristiwa yang sama berulang sampai tiga kali...pelik sungguh. Akhirnya Tok Guru datang sendiri buat sembahyang hajat di rumah kami...beliau meletakkan sebilah pisau di atas pintu..dan mengarahkan kami membuat palang pintu. Sejak itu kami tidak lagi mendapat sebarang gangguan.
Aku semasa di tingkatan 6 Atas memang kuat study..memang study gila-gila...hassratku nak menebus kegagalanku dalam SPM...biar STPM ni aku mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat ke menara gading. Hari tu kami ke sekolah seperti biasa...setelah tamat belajar hari tu..kami beempat seperti biasa..berjalan kaki balik ..tiba-tiba kamiu ternampak asap di udara..jelas datan dari arah rumah sewa kami. Kami berdebar-debar..rumah kami ke yang terbakar...habislah buku-buku kami ..dah lah peperiksaan dah dekat 3 bulan saja lagi..Rupa-rupanya rumah pak Cik Tuan rumah sewa kami yang terbakar...habis tinggal debu...rumah sewa kami ...kosong ...habis semua barang dipungguh dan di baling ke luar...habis buku-buku kami...dipijak...Oh Tuhan...betapa sedih kami ketika itu...
Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua...hari pertama menduduki peperiksaan STPM..Hujan turun tidak henti-henti..sudah musim tengkujuh..kami mengharung air untuk ke sekolah..sampai di sekolah kesejukan...Alhamdulillah...semua soalan kujawab ,memerah semua ilmu yang ada di kepala...

Wednesday, May 26, 2010

Peristiwa Zaman Persekolahan

Zaman persekolahan merupakan satu zaman yang penuh peristiwa pahit dan manis.
Aku masih ingat semasa tingkatan 3 aku jatuh pokok rambutan . Peristiwa itu sungguh pahit dalam hidupku...aku dimasukkan ke hospital selama tiga hari. Apabila balik semula ..hari pertama belajar semula aku diperli oleh kawan-kawan.Guru Besar Mr Nathan juga kata aku hero Batu 4. Ramai pelajar seolah-olah mengejek dan mentertawakan aku...Sebenarnya aku menolong ayah untuk mengambil buah rambutan yang masak..tak sangka pula semasa aku hendak turun..aku tidak memijak dahan...aku terus terjatuh dan terhempas kepala...pengsan.
Aku juga pernah mendapat keputusan yang tidak memuaskan semasa tingkatan 3...tapi aku masih ingat sahabatku Noriyati Hussin sering memberi semangat dan dorongan kepadaku...katanya sekali gagal tidak bermakna gagal terus. Guru kelasku juga ada menulis dalam autografku.."think more do more say less". Aku masih ingat kata-kata itu...Itu masih ingat kawan-kawan sekelasku sehinggalah ke tingkatan 5.
Semasa di tingkatan lima ..aku mashi seorang murid yang pemalu dan pendiam. Kawan-kawanku cuma pelajar-pelajar perempuan...Norhayati Ismail,Norhayati Othman,Noriyati Hussin,Azizah Saad, Rohana Mansor, Wan Mahani,Kak Yam,Rosnah,Rohani Awang,Che Tom Junid...dan ada lagi..
Aku dan sepupuku Rohani Awang merupakan pelajar pertama yang memakai uniform sekolah baju kurung. Mula-mula kami pakai baju kurung...ramai pelajar mengejek kami...katanya kami macam budak sekolah pondok. Sebelum itu kami pakai skirt...Pada masa itu Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub...Beliaulah yang mula-mula memberi arahan membenarkan pelajar-pelajar sekolah kerajaan memakai baju kurung....sekitar tahun 1974.