BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

Peristiwa Zaman Persekolahan

Zaman persekolahan merupakan satu zaman yang penuh peristiwa pahit dan manis.
Aku masih ingat semasa tingkatan 3 aku jatuh pokok rambutan . Peristiwa itu sungguh pahit dalam hidupku...aku dimasukkan ke hospital selama tiga hari. Apabila balik semula ..hari pertama belajar semula aku diperli oleh kawan-kawan.Guru Besar Mr Nathan juga kata aku hero Batu 4. Ramai pelajar seolah-olah mengejek dan mentertawakan aku...Sebenarnya aku menolong ayah untuk mengambil buah rambutan yang masak..tak sangka pula semasa aku hendak turun..aku tidak memijak dahan...aku terus terjatuh dan terhempas kepala...pengsan.
Aku juga pernah mendapat keputusan yang tidak memuaskan semasa tingkatan 3...tapi aku masih ingat sahabatku Noriyati Hussin sering memberi semangat dan dorongan kepadaku...katanya sekali gagal tidak bermakna gagal terus. Guru kelasku juga ada menulis dalam autografku.."think more do more say less". Aku masih ingat kata-kata itu...Itu masih ingat kawan-kawan sekelasku sehinggalah ke tingkatan 5.
Semasa di tingkatan lima ..aku mashi seorang murid yang pemalu dan pendiam. Kawan-kawanku cuma pelajar-pelajar perempuan...Norhayati Ismail,Norhayati Othman,Noriyati Hussin,Azizah Saad, Rohana Mansor, Wan Mahani,Kak Yam,Rosnah,Rohani Awang,Che Tom Junid...dan ada lagi..
Aku dan sepupuku Rohani Awang merupakan pelajar pertama yang memakai uniform sekolah baju kurung. Mula-mula kami pakai baju kurung...ramai pelajar mengejek kami...katanya kami macam budak sekolah pondok. Sebelum itu kami pakai skirt...Pada masa itu Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub...Beliaulah yang mula-mula memberi arahan membenarkan pelajar-pelajar sekolah kerajaan memakai baju kurung....sekitar tahun 1974.

0 comments: